Assalamualaikum dan selamat sejahtera
hari ni saya nak share tentang teknik pembundaran...hasil dari pemerhatian saya selaku home tutor,ramai student lemah topik pembundaran...
apa tu pembundaran???
situasi nye macam ni...kamu beli coklat di kedai runcit pak husin(bukan nama sebenar..hehe)..
harga coklat tu RM2.99..kawan kamu pun tanya berapa harga coklat tu..dialognya macam di bawah
Milah: Siti, berapa harga coklat yang kamu beli ni?
Siti: 3 ringgit je.
SITUASI inilah berlakunya pembundaran...kamu memberitahu harga yang paling hampir atau terdekat.....
apa langkah-langkah pembundaran??
1) GARIS
2)BULAT
3)TENGOK
Tengok apa?
tengok bukit bundar
apa tu bukit bundar?
ini lah bukit bundar
macam mana cara nak jawab soalan bundar??
jom buat sama-sama
contoh:
Bundarkan 51 837 kepada ratus yang terdekat.
ingat langkah saya bagi tadi
1)Garis- digit 8 sebab nilai tempat bagi digit 8 ialah ratus
2)Bulat- bulatkan nombor disebelah kanan nombor yang hendak dibundarkan iaitu digit 3
3)Tengok- untuk mengetahui digit yang dibundarkan perlu ditambah dengan 1 atau dikekalkan. Kita perlu tengok bukit bundar...Ingat!! nombor yang dibulatkan yang kita kena tengok di bukit bundar..
nombor yang digariskan kita perlu tambah atau kekalkan
nombor yang dibulatkan kita perlu tengok bukit bundar
Garis - TAMBAH/KEKAL
BULAT- tengok BUKIT BUNDAR